Mandi Malam Punca Paru-paru Berair?

Terdapat beberapa pertanyaan atau penyataan yang selalu aku dengar dan kesangsian terjawab setelah aku baca artikel di satu majalah. Aku petik dari majalah Maskulin ‘ September 2010′.

Saya berusia 27 tahun dan tiada masalah kesihatan. Saya kerap mandi pada waktu malam terutama sebelum tidur sekiranya cuaca panas atau badan berpeluh. Ada pendapat mengatakan mandi malam menyebabkan penyakit paru-paru beair. Apa pendapat doktor?. – Firdaus Omar, Ipoh.

Jawapan oleh Dr. Maskulin
Paru-paru berair atau bronchopneumonia adalah
penyakit radang paru-paru yang disebabkan oleh paru-paru dijangkiti kuman virus, bakteria, kulat atau disebabkan oleh kanser. Apabila paru-paru dijangkiti, ia akan menjadi radang dan akan mengeluarkan cecair. Paru-paru berair juga boleh disebabkan masalah jantung dan malnutrisi. Mandi malam tidak akan menyebabkan paru-paru berair. Namun begitu, jika seseorang itu mengidap penyakit lelah atau asma, mandi malam dengan air yang sejuk boleh menyebabkan serangan asma. Apabila serangan asma berlaku, paru-paru akan menjadi sempit dan berkahak.

Jadi, secara ringkasnya penyataan tersebut dapatlah membantu aku tak perlu ragu-ragu untuk mandi di waktu malam terutama setelah melakukan aktiviti-aktiviti malam.

Tags: , , , ,

5 comments

  1. thanks for this! unfortunately, org lebih suka percaya bulat2 apa yg diberitahu oleh orang lain walaupun dari sumber yg tiada kelulusan dlm bidang perubatan.

  2. Yes, i also agree with u.

  3. Maizatul Azni Hussain

    salam… anak saya dr bayi sampai sekarang ( 2thn) boleh dikatakn setiap mlm mandi pd waktu mlm, petang pukul 7 dah mandi, tp bl masa nak tdo terpaksa mandikn, disebabkan peluh, n susah nak tdo klu tak mandi.. kadang2 tu sampai kul 12 mlm pun dia mandi.. baru dua 3 hr ni.. dia batuk berkahak, adakah anak saya ada masalah paru2 nyer.. blh emailkn kepada saya .. trima kasih

  4. Assalam,

    Maaf puan, saya petik artikel tersebut melalui sebuah majalah untuk dikongsi.
    Mohon rujuk kepada doktor

    TQ

  5. salam…saya xtau nak cakap apa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>